I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, October 24, 2011

cuti sem = Holiday time ...

bosan kan asyik post psl LOVE jew..haha..tukar topi plak ek..
skunk ni aku tgh CUTI SEM..nk tau ape aku wat?hahaha
oleh disebabkan cuti kali ni aku KERING KONTANG (xd duit)..so aku pon melepak kt umah jela..adelah jugak kuar g TIMES SQUARE jew...

cuti kali ni mcm AWESOME sikit koz mcm2 bnde berlaku..haha..aku mmg jrg on9 dh skunk..
xbermakna aku xon9 lgsg..OK,STOP NONSENSE...

cuti ni aku jd SURI RUMAH FULL TIME ea...igt anak dara xleh jd suri rumah kew??hahaha..
segala kerja kt umah uh aku yg wat..haish,leh kurus aku ni ..dok turun naik jew dlm umah..
tiap2 ari aku dh bgn pkol 6 pg nk anta ADIK TERSAYANG g skola.
driver pon aku jd gak..hahha..
then aku kna masak b4 adik aku balik..
kebulur dorg klu dh balik..hahaha..
time aku RELAX ble mlm jew..sbb mlm aku tukar SHIFT dgn mak aku plak..haha

xd la bosan sgt klu idop ni xd LAPTOP n XD DUIT sbnrnyer..

p/s:: now i am FINE n HAPPY..:D

Thursday, October 20, 2011

Hati ku Milik Mu ????

Di sisi mu Aku Terdiam Seribu Bahasa
Di hati ku Bergetar Sejuta Rasa
Namun Sukar Untuk Aku Meluahkan 
Aku Cinta Pada Mu

Nafas Ku Terhenti Bila Melihat Dirimu 
Terasa Pantas Degupan Jantungku
Mungkinkah Hatiku Milikmu Jua
Ku Sayang Pada Mu

Monday, October 17, 2011

TAKOT..

SOWIE kepada anyone yg xske or xselesa dgn post aku B4 ni..
aku dh buang dh pon..
perasaan aku TERSANGAT la MALU skunk ni..
xtau nk wtpe dh..as i say B4,aku lg selesa gune SILENT MOOD lg...
mgkin ade yg dh tau spe aku maksudkan dlm entry LOVE IN SILENT MOOD uh..
pndi je kang korg teka..haha..


aku takot sbnyrnyer..sbb aku xtau ape akn jd lepas ni..
aku xnk wat ape2 CONCLUSION sbb aku takot aku slh...
aku xnk wat kesilapan lg..cukup la pengalaman sblm ni..
SO,ape yg aku leh wat JUST WAITING FOR HIM..


aku xtau ape FEEDBACK ko..
so,aku pon SILENT la lagi..:D


P/S : I LOVE YOU...


Sunday, October 2, 2011

OH perasaan ....

OH GOD !!..
aku xtau npe malam ni aku ade mcm2 perasaan..malam ni perasaan aku bercampur baur..ade HAPPY n WORRIED..aku xtau nk luahkan kt spe sbb skunk ni sumeorg dh tido..kt blog ni la tmpt aku luahkan ape yg org xtau..ok !! AKU MMG DH JATUH ATI DGN KO !! tapi aku xtau cmne nk tunjuk sume uh kt ko..xkan aku plak nk mule dulu..malu seyh..aku takot klu aku BERTEPUK SEBELAH tangan jew..lgpon aku ni GURL n JUNIOR ko..xkan aku yg nk mulekan..

aku tau mungkin ko aggp aku kawan jew..n aku ase ko suke SUMONE else..OH GOD !! klu btol,mmg aku bertepuk sblh tgn jela selama ni..actually itu yg aku WORRIED sgt mlm ni..aku takot kehilangan ko..lepas aku bace ape yg ko tulis,aku tros jd RISAU sgt2..padahal lepas mkn td aku punyer la HAPPY xhengat dunia..apsal la aku bace ape yg ko tulis uh..siyezz wat aku xd MOOD nk smbg stdy LAW ni..haish..perasaan2 !!..
aku mmg selalu STALKER ape yg ko tulis.tapi aku xtau la ko bce ape yg aku tulis ke x..

~~> wey,ko yg kt sne uh, 
aku mmg dh TERSUKE kt ko doh..aku sll ambil tahu ape ko wat..xkan ko xperasan lg yg aku ni ade HATI kt ko..dlm INBOX aku penuh dgn msg ko,wlupon kite ni jrg kontek sbb selalu jumpe..aku ni pompuan kot..mmg cair la setiap PERLAKUAN ko selama ni kt aku..aku xtau la ko buat mcm tu kt sume pompuan or x..ARGHH !! annoyingnyer perasaan mcm ni..wat ati aku  TAK TENTERAM..

aku nk jd pompuan yg ko citer uh..ko sgt la SWEET..ape perlu aku buat skunk..??
I JUST NEED TING +VE selagi ko xkate pape..
I WILL WAITING FOR YOU..


if ONE DAY,
KO BUKAN MILIK AKU,AKU REDHA...
AS LONG AS KO HAPPY,AKU PON HAPPY...
TAPI KO TETAP AKAN JADI IMPIAN AKU SEUMUR IDOP...

Saturday, October 1, 2011

LOVE in silent mood



akhir2 ni byk aku bce post psl cinte kt blog yg aku FOLLOW...aku nk kongsi tapi aku sndiri tgh SINGLE..haha..xpela..aku pon tgh ade mood nk story skit ni psl LOVE IN SILENT MOOD..mengikut pengalaman aku la kan,aku ni klu ske kt org mmg aku xkan bgtau SI DIE n org len..mgkin org yg rapat ngn aku jew tau..haha..smpi skunk aku still dlm MOOD mcm ni..xreti nk EXPRESS FEELING kt org..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
             sgt pelik bile di igt kan balik..dulu aku benci giler dgn KO sbb ko ni sombong..xreti nk tgur org lgsg..aku punyer la bwt lawak pon,ko setakat SENYUM SINIS jew..tapi bile ade satu saat ni,ko tegur aku time sumeorg tgh BZ..aku jadi TERKEDU sekejap..mgkin sbb suara ko dalam kategori COMEL la jugak..lepas jew dr peristiwa aritu,kite tros kontek smpi skunk..

         aku xtau ape STATUS ko skunk..tapi aku mmg dh TERSUKE kt ko..gaya ko sgt la STYLO tapi xOVER..aku ske bile time kite lepak2 mkn..lg2 time bulan PUASA..aku xkan lupe sume bnde yg ko buat kt aku sepanjang bulan uh..klu time cuti n tgh FREE mzti kite rajin kontek..aku ske bile tgk msg ko yg masuk..:D
lepas ni aku mzti RINDU ko klu ko belajar jauh2..

       aku ase sgt SELESA bile lepak n borak ngn ko..perangai ko pon sgt la SWEET..aku ske tgk cara ko layan pompuan ..ko sgt HORMAT kepada kaum pompuan ni..jarang la nk cr laki mcm tu zaman skunk ni..aku tau ko xkan tau yg aku ni TERSUKE kt ko sbb aku xpna bgtau sesape pon..n aku xnk ko tau..sbb aku MALU..aku cume takot klu satu saat kite xkan JUMPE LAGI,mgkin aku akn ase kehilngan ko sgt2..aku arap kite akan berkawan smpi bile2..

* klu suatu saat aku xd khabar berita utk ko,itu xbermaksud aku xnk kawan ngn ko lagi..aku cume nk beri ruang ko berbahagia dgn org lain..aku xnk SPOILKAN kebahagian yg ko tgh alami..
bialah aku sorg jew tau perasaan aku terhadap ko..

bile sumone dh jatuh hati kat anda...


‎1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan ALASAN kenapa dia mencintai kamu.Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih,dia tidak perduli!Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap MENJADI IMPIANNYA.

3] Orang yang mencintai kamu selalu MENERIMA kamu apa adanya,di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu INGIN TAHU tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,’Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi,walaupun kamu tidak membalas SMS-nya,kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan,setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya,kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan,bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya dan akhirnya kau musnahkan?pasti kau lupa tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu,bahkan mungkin meminjam CD milik kamu kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu–kesukaan kamu kesukaannya juga,walaupun sukar meminati kesukaan kamu tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema atau batuk-batuk,dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu–kerana dia bimbangkan tentang kamu,peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian,dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung,dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa,tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat,ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung.Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain,dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu.dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu,pernah dengar ‘jauh dimata,jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari.Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS.Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala.Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu.dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain.Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu,tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan,walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya.saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.