I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, July 14, 2013

Ceritera Ramadhan : Hari ke 4

Assalamualaikum..


Hari ni hari KEEMPAT umat islam berpuasa di bulan Ramadhan..
Harini berbuka tak meriah mana sebab tinggal 3 ORANG je kat bilik ni..
Ramai yang balik minggu ni sebab FIRST WEEK puasa kan..
semua orang semangat nak puasa kat rumah..
Aku ni je tak balik2 dalam bulan puasa ni..
Aikk !! bukan tak sayang FAMILY tapi ada banyak kerja nak kene siapkan dengan test lagi..
standardlah, kata STUDENT kan..haha..Family pun memahami aku tak balik..
Yang korang ni kira UNTUNG tau dapat berbuka & sahur dengan family..


Stop cerita sadis !! 
Ni cek nak habaq tadi cek berbuka BAKSO..Biasa2 je rasa dia..
Tapi berSYUKURlah masih ada makanan untuk berbuka..
Hari ni tak banyak kedai bukak dalam kampus ni..
Semua gara2 student ramai balik..So kat situ je tak banyak CHOICE yang ada..
Pikir punya pikir nak buka apa,sudahnya aku BEDAL je beli bakso ni (gambar hiasan semata mata )


Hari ni aku agak STRESS gara gara aku ada TEST malam isnin ni..
paper LAW woii !! paper paling aku takut sekali..
Korang DOA harap2 aku dapat ingat dan dapat jawap semua soalan dengan betul ye..
Selain stress sebab test ni, aku RISAU gak pasal assignment GROUP aku..
Masing2 balik rumah dan kerja belum siap sepenuhnya..Isnin nak kene SUBMIT..
Aku ni tak pandai mana pun..So perlukan sangat ada orang GUIDE..
Apa2 pun korang doakan YANG TERBAIK untuk aku ye..

Terima Kasih Daun Keladi,
Panjang Umur Jumpa Lagi..=)


Saturday, July 13, 2013

Ceritera Ramadhan : Awal Puasa

Assalamualaikum..



Harap2 belum terlambat lagilah ye nak ucapkan
 SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN...
Bulan yang penuh dengan rahmat ini..
As usual setiap kali ramadhan tiba aku akan berpuasa di SEGAMAT..
Selalunya akan bersahur sebelum tidur sebab aku sendiri pun tidur dalam pukul 4 pagi..hehehe

FIRST DAY SAHUR macam sedih sikit sebab sahur sorang2
gara gara roommate ku tidak bersahur..
Bila dah sahur sorang2 tu paham2 lah ye perasaannya..
Boleh pulak TERINDU moment bersahur dengan DIA kat sini..
Dulu sahur ada orang TEMAN sekarang sahur SENDIRI je..sobs sobs..



FIRST DAY PUASA
tak tahu kenapa memasing excited seharian..haha..
Kali ni aku berbuka dan berpuasa dengan semua kenalan baru..
Hope sebulan berpuasa dengan dorang dapatlah kumpul sebanyak mungkin MEMORI untuk di simpan..
Beli JUADAH BERBUKA jangan ceritalah,memasing EXCITED membeli..
Bila dah balik bilik,kumpul semua makan,
HAMIK KAU !! penuh dua meja..haha..(makan utk 6 org ye harap maklum)
Sangat best bila berbuka ramai2.
Bila dah jauh DIPERANTAUAN ni kawan kawanlah pengganti keluarga..



SECOND DAY PUASA & THIRD DAY PUASA 
Masih bersahur sorang2,
TAPI berbuka masih meriah cuma BERLIMA pulak..

p/s Tetap rindukan berbuka & bersahur dengan FAMILY 



Tuesday, May 7, 2013

Aku Bukan Untukmu


         Dua tahun aku tunggu benda yang tak pasti. Akhirnya aku sendiri yang musnahkannya. Ye !! Aku punca semuanya. Aku yang mulakan semuanya. Tahu tak kenapa ? Pernah terpikir tak kenapa aku sanggup musnahkan semuanya ? Sebab aku dah mula perasan satu benda. Benda yang orang lain tak perasan langsung pun termasuk diri kau mungkin. Tak cukup dengan penyakit yang aku ada, kau tambahkan lagi rasa sakit aku. Sakit aku kerana kau lagi perit dari penyakit aku. At least penyakit aku ada ubatnya. Tapi sakit kerana kau ? Makin hari makin aku sakit. Ibarat kudis yang meninggalkan parut untuk selamanya mungkin. Ibarat luka yang semakin hari semakin bernanah dan hancur berkecai. 

         Pernah kau pikir apa aku rasa bila kau buat sesuatu ? Kau masih belum kenal aku sepenuhnya. Dua tahun aku tunggu, sikit pun aku tak rasa di hargai. Kau layan aku macam aku ni patung tak berperasaan. Kau datang bila kau nak, dan kau pergi bila bila kau suka tanpa beritahu aku. Dan kau datang balik dengan seribu satu alasan. Mula mula mungkin aku boleh terima tapi kalau dah setiap kali kau hilang masih dengan alasan yang sama, YES !! aku dah mula muak dengan segalanya !! Kau sedar tak yang selama ni kau mainkan perasaan aku walaupun tanpa kau niat atau tanpa kau sedar ? Bila aku mula nak move on , barulah nampak beria ia kau nak aku tapi hakikatnya bila aku dah patah balik, kau hilang dengan alasan yang sama. Aku muak dengan perangai kau. Aku muak dengan alasan kau. Aku penat dengan semua ni. 

        Pernah tak kau terpikir kenapa setiap kali aku dah block kau, tapi aku masih boleh terima kau lagi ? 3 kali aku block kau dan kau pikir aku dah ada orang lain ? Setiap kali aku Unblock kau itu bermaksud aku beri kau peluang untuk perbaiki semuanya. Dah 2 kali aku beri peluang tapi kau masih buat perkara yang sama. Sikit pun tiada perubahan. Aku dah cukup bersabar dengan apa yang berlaku selama dua tahun. Kau yang rosakkan peluang yang aku beri. Dan sekarang tiada lagi peluang terakhir untuk kau. Maaf ! 

        Kau kata aku dah ada orang lain ? itu bermaksud kau belum kenal aku lagi. Buat apa aku bazirkan masa aku selama 2 tahun untuk tunggu kau seorang sahaja ? Ye, aku pernah untuk terima orang lain tapi aku tak mampu untuk buang kau jauh jauh. Kali ni aku pergi pun bukan sebab orang lain tapi sebab aku dah mula muak dengan segala yang berkaitan dengan kau. Bukan erti aku dah benci atau hati dah berubah. Aku masih yang dulu cuma kau buat aku bertindak seperti sekarang.

Maaf ! Segalanya tentang kita telah berakhir. Biarkan aku pergi tanpa bayangan kau lagi. Terima Kasih ! 

Monday, March 11, 2013

Selamat Hari Lahir Hal !!!

Shout out for AZAHARI YAHYA aka HAL !!
today is your birthday man !!! 11st MARCH 2013 genap umur dah 22 tahun..dah besar dah budak ni..haha
okay nak dekat setahun dah kita kenal rupanya..mula mula jumpa rasa budak ni macam pemalu tapi makin lama makin hilang pulak malu dia tu..haha..thanks to AQIM,KAK WANI & AWIE sbb kenalkan budak yang selalu mereng ni..ehh mereng ke ?? jangan marah yew..=)


Paling hanim tak boleh lupa & pecah rekod mungkin untuk kita berdua...Comment kat FB paling banyak pernah buat..haha..ingat lagi tak ?? kemain semangat nak buat sampai 10 ribu konon..dan ni hasilnya yang mampu kita buat..not bad lah 1469 comment !!! GOOD JOB !! haha


okay, dah tak nak bebel dah..Selamat Hari Lahir untuk hal..semoga panjang umur,di murahkan rezeki,cepat kahwin !!!!!! itu penting !!!! dah tua kan ?? hahahhaha..HADIAH ?? nanti tuntut yew hadiah dari hanim bila kita jumpa nanti..ada hadiah AWESOME punya !!!! hahahahah..


Your Friend , 

FARIZAHANIM MUSA


Wednesday, January 9, 2013

Rindu Setengah Mati



Aku ingin engkau ada disini menemaniku saat sepi dan menemaniku saat gundah
Berat hidup ini tanpa dirimu..Aku hanya mencintai kau..Aku hanya ingin memiliki kau..
Aku rindu setengah mati kepadamu..Sungguh ku ingin kau tahu aku rindu setengah mati..
Meskipun telah lama kita tak bertemu..Aku selalu memimpikan kau..Aku tak bisa hidup tanpamu..

Pulang kembali seperti dahulu..Aku mohon padamu jangan pergi tinggalkan aku..
Aku hanya perlukan kau..Kau yang dahulu sentiasa menyayangi aku dan memanjakan aku..
Berat untuk aku terima kau pergi tanpa beritahu..Kau pergi tanpa alasan dan berita..Aku rindu setengah mati kepadamu..Aku hanya ingin seperti dulu..

Meski kita telah lama tak bertemu..Kau selalu ada dalam ingatan aku..
Aku tak bisa lupa memori bersama..Aku rindu setengah mati kepadamu..Sungguh aku rindu kan kau..Namun kau hanya muncul dalam mimpi ku..Realitinya aku sudah hilang dirimu..
Aku rindu setengah mati kepadamu..Tak terungkap oleh kata kata sebesar mana pun..
Aku tak bisa buang rindu ini selagi kau tak kembali..

Monday, March 26, 2012

awesome moment !!


AWESOME MOMENT with them !!
mereka ni sume KAWAN yg aku kenal dr FACEBOOK..sape cakap fb xleh buat kwn dlm realiti??
aku berjaya buat ok..actually, pertemuan ni XPLAN lgsg n aku xtau pape..memikirkan aku lapar n AQIMIE CEPLOS ni pon ajak, so aku follow jela..sampai2 je NR terkejut aku bkn men rmi lg rupenye..haha..igt kan AQIM n kak WAHI jew..

meh aku kenalkan kt korg mereka yg AWESOME ni ...


dari kiri : ABG DIN , ME , ALIA , WAWA , KAK WAHI n KAK IBAH <3

siyezzly, ni FIRST TIME jumpe dorg depan n borak pnjg..selama ni kiteorg cume communicate dkt facebook n TWITTER je..hehe..excited bile dapat lepak ngn dorg td..tapi bile smpi bilik ase cam sedeyh plak sbb abg din , kak wahi , kak ibah n aqim dah last sem n skunk ni tgh menghitung hari je dorg kt SEGAMAT ni..sgtlah sekejap pengenalan kiteorg..xsmpi sebulan pon aku kenal mereka2 yang comey ini..
berharap sangat ini BUKAN KALI TERAKHIR aku jumpe korg sume..n hope korg xlupe kt SI KECIK ni jugakk ea (>,<)


ha..nilah AQIMIE CEPLOS (aqim ).. kenal die time study week kot xsilap..haha..
tapi ni bkn 1st time lepak ngn die..cume kali ni si AWIE je yg xd..spe suh balik..haha

haish.. sem ni agak rmi jugak SENIOR last sem yg aku baru nak kenal..lepas ni dorg akan sambung DEGREE..masing2 dah berpecah..sedeyh sangat..ada jugakk senior yg aku xsempat nak jumpe direct b4 abes final ni..at least aku dapat jugak kenal dorg dari xkenal lgsg :D
DIS SEM IS THE BEST SEM EVER..
sayang nak tinggalkan sem ni..
(mcm aku plak yg dh nk last sem)

p/s: if korg datang segamat next sem PLEASE LET ME KNOW..gonna miss u guys !!

Friday, February 24, 2012

tanda2 diri tu dh angau..

sini aku nk sharing skit ngn korg tanda2 korg dh angau..aku xtau la btol ke x kan..aku pki bantai jew..better korg bce dlu then RENUNG2KANLAH..:D
 
a) Anda berbual dengan si dia hingga lewat malam melalui panggilan telefon atau bersembang di Internet dan apabila anda hendak tidur, anda masih teringat akan dirinya. Lantas anda tersenyum sendirian.

b) Anda melangkah perlahan apabila berjalan bergandingan dengan si dia

c) Anda berasa resah gelisah serba tak kena apabila si dia berada jauh dari mata.(namun masih kekal dan intim di hati)

d) Anda tersenyum apabila mendengar suaranya (walaupun hanya di dalam telefon)

e) Apabila anda terpandang raut wajahnya, anda tidak melihat orang lain yang turut berada di sekeliling anda. Hanya dia sahaja di mata anda tika itu.

f) Anda sentiasa memikirkan tentang dirinya setiap masa. Sampaikan di dalam tandas pun anda memikirnya!

g) Anda menundukkan wajah setiap kali bertembung denganya seolah-olah anda malu tetapi dalam masa yang sama, anda ingin menatap wajahnya,…Alangkah keliru keliri keluru dibuatnya…

h) Apabila si dia melemparkan senyuman pada anda (biarpun tidak menegur anda) terasa betapa indahnya perasaan itu. Sukar untuk diungkap melalui kata-kata. Anda terpana dengan senyuman itu dan ia terus melekap erat di hati anda..

i) Apabila anda membaca kenyataan ini, anda terus mengakui ada seseorang yang sedang bertakhta di ruang pemikiran dan hati anda..

amacam??spe yg korg tgh pikir3 kan tuh??huhu..gudluck ek dgn PERHUBUNGAN MASING2 :)