I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, May 7, 2013

Aku Bukan Untukmu


         Dua tahun aku tunggu benda yang tak pasti. Akhirnya aku sendiri yang musnahkannya. Ye !! Aku punca semuanya. Aku yang mulakan semuanya. Tahu tak kenapa ? Pernah terpikir tak kenapa aku sanggup musnahkan semuanya ? Sebab aku dah mula perasan satu benda. Benda yang orang lain tak perasan langsung pun termasuk diri kau mungkin. Tak cukup dengan penyakit yang aku ada, kau tambahkan lagi rasa sakit aku. Sakit aku kerana kau lagi perit dari penyakit aku. At least penyakit aku ada ubatnya. Tapi sakit kerana kau ? Makin hari makin aku sakit. Ibarat kudis yang meninggalkan parut untuk selamanya mungkin. Ibarat luka yang semakin hari semakin bernanah dan hancur berkecai. 

         Pernah kau pikir apa aku rasa bila kau buat sesuatu ? Kau masih belum kenal aku sepenuhnya. Dua tahun aku tunggu, sikit pun aku tak rasa di hargai. Kau layan aku macam aku ni patung tak berperasaan. Kau datang bila kau nak, dan kau pergi bila bila kau suka tanpa beritahu aku. Dan kau datang balik dengan seribu satu alasan. Mula mula mungkin aku boleh terima tapi kalau dah setiap kali kau hilang masih dengan alasan yang sama, YES !! aku dah mula muak dengan segalanya !! Kau sedar tak yang selama ni kau mainkan perasaan aku walaupun tanpa kau niat atau tanpa kau sedar ? Bila aku mula nak move on , barulah nampak beria ia kau nak aku tapi hakikatnya bila aku dah patah balik, kau hilang dengan alasan yang sama. Aku muak dengan perangai kau. Aku muak dengan alasan kau. Aku penat dengan semua ni. 

        Pernah tak kau terpikir kenapa setiap kali aku dah block kau, tapi aku masih boleh terima kau lagi ? 3 kali aku block kau dan kau pikir aku dah ada orang lain ? Setiap kali aku Unblock kau itu bermaksud aku beri kau peluang untuk perbaiki semuanya. Dah 2 kali aku beri peluang tapi kau masih buat perkara yang sama. Sikit pun tiada perubahan. Aku dah cukup bersabar dengan apa yang berlaku selama dua tahun. Kau yang rosakkan peluang yang aku beri. Dan sekarang tiada lagi peluang terakhir untuk kau. Maaf ! 

        Kau kata aku dah ada orang lain ? itu bermaksud kau belum kenal aku lagi. Buat apa aku bazirkan masa aku selama 2 tahun untuk tunggu kau seorang sahaja ? Ye, aku pernah untuk terima orang lain tapi aku tak mampu untuk buang kau jauh jauh. Kali ni aku pergi pun bukan sebab orang lain tapi sebab aku dah mula muak dengan segala yang berkaitan dengan kau. Bukan erti aku dah benci atau hati dah berubah. Aku masih yang dulu cuma kau buat aku bertindak seperti sekarang.

Maaf ! Segalanya tentang kita telah berakhir. Biarkan aku pergi tanpa bayangan kau lagi. Terima Kasih ! 

No comments:

Post a Comment